ialah yang johan pahlawan lagi perkasa, dan bijaksana pada segala barang perkataannya, dan haibat
pada segala kelakuannya, dan terlalu elok sikapnya. Ialah yang termasyhur namanya pada segala negeri,dan beberapa negeri yang besar-besar ditaklukkannya.Pertama negeri Deli pada tatkala hijrah 1021 tahun, kemudian dari itu maka alah Johor pada tatkala hijrah 1022 tahun, kemudian dari itu berangkat ke Bentan pada tatkala hijrah 1023 tahun. Pada ketika itulah tertawan daripada anak menantu waizuri, dan beberapa dari kapal dan ghorab dan ghali. Terlalu amat banyak Peringgi terbunuh dan tertawan tatkala perang di Baning.
Kemudian dari itu maka baginda menaklukkari negeri Pahang pada tatkala hijrah 1026 tahun "Kemudian dari itu maka alah negeri Kedah, pada tatkala hijrah 1027 tahun, Kemudian dari itu maka alah negeri Perak pada tatkala hijrah 1029 tahun. kemudian dari itu alah Nias, pada tatkala hijrah 1034 tahun. Kemudian dari itu maka dititahkan Orang Kaya Maharaja Seri Maharaja dan Orang Kaya Laksamana untuk menyerang Melaka, pada tatkala hijrah 1308 tahun, tetapi tiada alah karena berbantah antara dua orang Panglima itu. Pada ketika itulah segala orang Islam banyak mati syahid.
Syahdan pada masa itulah waf at Syekh Syamsuddin Ibnu Abdullah As Sumatrai(Sumatrani),pada
malam Isnin, duabelas hari bulan Rajab, pada hijrah 1039 tahun. Adalah Syekh itu alim pada segala ilmu,dan ialah yang termasyhur alimnya pada ilmu tasawuf, dan beberapa kitab yang dita'lifkannya
"Kemudian dari itu maka wafat Syekh Ibrahim ibn Abdullah Asy-Syamy Asy-Syafi'i, pada hari Arba'a waktu asar, duabelas hari bulan Muharram, pada hijrah 1040 tahun. Adalah Syekh itu alim pada segala ilmu dan ialah yang termasyhur alimnya pada ilmu fiqh.
"Kemudian dari itu alah pula negeri Pahang, pada tatkala hijrah 1045 tahun. Adalah masa itu mendiami negeri Pahang Raja Johor. Dan beberapa negeri lain dialahkannya, daripada negeri yang kecil-kecil. Dan ialah yang berbuat Masjid Baitur Rahman dan beberapa masjid pada tiap-tiap manzil. Dan ialah yang mengeraskan Agama Islam dan menyuruhkan segala rakyat sembahyang lima waktu, dan puasa bulan Ramadlan dan puasa sunat, dan menegahkan sekalian mereka itu minum arak dan berjudi. Dan ialah yang membai'atkan Baitul Mal dan 'Usyur negeri Aceh Darussalam dan cukai pekan. Dan ialah yang sangat murah kurnianya akan segala rakyatnya, dan mengurniai sedekah akan
fakir-miskin pada tiap-tiap berangkat sembahyang jumat.
Sumber : Warna-warni melayu Riau
Bagikan
ISKANDAR MUDA DALAM BUSTANUS SALATIN KARANGAN ARRANIRY
4/
5
Oleh
BEDENAI INFO