This pict is a bronze statue of Sultan Dipatuan Kudarat that stands in Rizal Park, Manila.
Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat (juga dieja Qudarat), (1580M - 1671M) adalah sultan Kesultanan Maguindanao. Semasa pemerintahannya, beliau berjaya menangkis percobaan Sepanyol untuk menakluki kerajaannya dan menghalang proses pengkristianan rakyatnya di Mindanao. Beliau adalah sultan yang ke-7 dan juga keturunan Shariff Mohammed Kabungsuwan , seorang mubaligh yang mengembangkan ajaran Islam di Mindanao pada abad ke-14. Beliau dilahirkan pada 1580 di tempat yang kini dikenali sebagai Lanao del Sur di Filipina.
Pemerintahan
Selepas menggantikan bapanya 'Sultan Laut Buisan' pada 1619, beliau berjaya mengalahkan beberapa datuk dan menjadikan dirinya tuan bagi kawasan Pulangui. Beliau juga telah menguasai kawasan yang kini dikenal sebagai Cagayan de Oro dan Caraga dan juga menjadikan daerah Misamis dan Bukidnon sebagai kawasan yang memberinya ufti. Beliau berjaya berunding dengan Belanda dan Sepanyol supaya mereka mengiktiraf kedaulatannya ke atas tanah-tanah jajahannya. Pihak Sepanyol mencoba mengalahkan Sultan Kudrat dalam beberapa peperangan tetapi gagal. Malah mereka terpaska menebus askar-askar mereka dari Sultan Kudrat. Pada 25 Juni 1645.
Gabernur-Jenderal Filipina, Alonso Fajardo menandatangani perjanjian dengan Sultan Kudrat yang mengizinkan beberapa perkara: membolehkan pendakwah Kristian untuk berkhidmat kepada penganutnya di Mindanao, membina sebuah gereja dan melakukan perdagangan dengan kerajaannya.
Kesultanan Maguindanao adalah sebuah kerajaan Melayu Islam yang memerintah sebahagian Mindanao di Filipina Selatan. Pengaruh kerajaan ini berkembang dari semenanjung Zamboanga ke teluk Sarangani. Ketika kemuncaknya, kesultanan ini memerintah seluruh Mindanao dan juga pulau-pulau yang berjiran.
Shariff Mohammed Kabungsuwan dari Johor memperkenalkan agama Islam di nusantara ini pada kurun ke 12 M. Beliau kemudiannya berkahwain dengan puteri tempatan dan mendirikan Kesultanan Maguindanao pada sekitar 1203 M. hingga 1205 M. Kerajaan ini pada mulanya beribu kota di kawasan Cotabato. Kesultanan ini jatuh ke tangan Sepanyol dan akhirnya menjadi sebahagian dari Filipina.
Dibawah kepresidenan Ferdinand Marcos, Sultan Kudarat menjadi pahlawan nasional Filipina.
Oleh : Riri Saputra
Bagikan
MENGENAL SULTAN MUHAMMAD DIPATUAN KUDARAT PAHLAWAN NASIONAL FILIPINA
4/
5
Oleh
BEDENAI INFO